Tuesday, January 17, 2017

Program Pertanian Bandar

Program Pertanian Bandar merupakan program kerjasama Jabatan Pertanian dengan institusi pendidikan melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.






Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.